top of page

NEW ZEALAND 9D 7M

HARI 1 (MOB)

Kuala Lumpur – Gold Coast – Auckland (MOB)
Berangkat dari Kuala Lumpur ke Auckland (melalui transitGold Coast)

 

HARI 2 (D)

Auckland – Free Program
Tiba di Auckland jam 4.30 petang dan transfer ke hotel untuk rehat. Makan malam disediakan di restoran dan acara bebas di Auckland.

 

HARI 3  (D)

Auckland – Christchurch
Penerbangan ke Christchurch jam 8.20 pagi. Tiba di Christchurch jam 9.45 pagi, dibawa ke Botanic Garden seluas 21 hektar yang bersebelahan dengan Avon River dan Hagley Park. Seterusnya ke Canterburry Museum, mengenali warisan sejarah New Zealand, adat serta budayanya. Kemudian ke Restart Mall, satu-satunya mall unik yang diperbuat dari container, aktiviti bebas membeli sourvenir atau menikmati keindahahan bangunan sekitar. Ke pasaraya Park n Save untuk membeli bahan makanan, dan bermalam di Christchurch.

 

HARI 4 (B,L,D)

Christchurh – Twizel – Tekapo/Pukaki – Omarama
Jam 7.30 pagi bergerak ke Twizel, menikmati pemandangan perjalanan yang dikelilingi ladang ternak kambing, biri biri dan lembu. Singgah di Lake Tekapo dan Lake Pukaki yang mempunyai air tasik berwarna turquoise dilapisi glacier di dasarnya dengan berlatar belakang Gunung Mt. Cook, gunung tertinggi di New Zealand. Nikmati hamparan bunga Lupin (hanya mekar Pada Nov-Dec) dan singgah di High Country Salmon Farm untuk melihat tempat penternakan ikan
salmon tertinggi di dunia dan mencuba merasa pelbagai hasil olahan Salmon serta menyertai aktiviti feeding fish. Seterusnya Ke Omarama dan bermalam disini.

 

HARI 5 (B,L,D)

Omarama – Lindiss Pass – Lake Wanaka – Cromwell – Te Anau
Awal pagi bergerak menuju Lindiss Pass, ladang savana yang dipenuhi rumput tussock dengan pemandangan indah gunung sekitarnya. Singgah di Lake Wanaka, tasik keempat terbesar di New Zealand yang terkenal dengan symbol Lonely Tree dan antara tempat yang disebut dalam filem Mission Impossible III. Perjalanan diteruskan ke Cromwell, Bandar yang terkenal dengan buah-buahan segar dari ladang serta fruit ice creamnya. Bermalam di Te Anau.

 

HARI 6 (B,L,D)

Te Anau – Milford Sound – Mirror Lake – Queenstown

Perjalanan seawal jam 5 pagi ke Milford Sound, melewati Hommer Tunnel yang mempunyai pemandangan yang spektakular dengan ladang ternak dan ratusan gugusan air terjun di celahcelah gunung. Singgah di Mirror Lake dan tiba jam 10 pagi untuk menaiki Milford Sound Cruise (termasuk dalam harga pakej) selama dua jam bagi menikmati pemandangan Fiordland New Zealand, dengan air terjun setinggi 1000 meter serta berpeluang melihat ikan dolphin secara dekat yang mengelilingi kapal. Perjalanan pulang ke Queenstown disuguhi pemandangan
Wakatipu Lake dan tibadi Kota Queenstown.

 

HARI 7 (B,D)

Queenstown
Acara bebas di Queenstown yang merupakan jantung kepada South Island New Zealand. Peserta boleh membeli belah barangan cenderahati, mencuba cable car, gondola, bungee jump dan sebagainya.

 

HARI 8 (B,MOB)

Queenstown – Glenorchy – Auckland – Gold Coast
Bergerak ke Glenorchy, salah satu lokasi pengembaraan filem Lord of The Ring. Melihat dataran berkabus dan dikelilingi gunung serta tasik di kota mini tersebut. Check out hotel, transfer ke airport untuk penerbangan ke Auckland. Dari Auckland peserta akan terbang balik ke Kuala Lumpur melalui Gold Coast sekali lagi.

 

HARI 9

Kuala Lumpur
Insya Allah akan tiba di Kuala Lumpur dengan selamat dan sejuta kenangan manis di New Zealand.

NEW ZEALAND 9D 7M

RM 6,985.00Price
  • 1. Tiket Penerbangan Kuala Lumpur – Auckland
    2. Tiket Penerbangan Auckland – Christchurch
    3. Tiket Penerbangan Queenstown – Auckland
    4. Penginapan sepanjang pakej

    5. Makan minum HALAL sesuai aturcara
    6. Pengangkutan berhawa dingin
    7. Tour Guide berbahasa Melayu
    8. Tour Leader dari nusatravel
    9. Bayaran masuk tempat lawatan
    10. Insurans Perjalanan berkumpulan
    11. Tipping

bottom of page