top of page

DAY 1 (D)

KUALA LUMPUR – DUBAI – MILAN
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum berlepas. Urusan daftar masuk dan bertolak ke Milan Malpensa melalui Dubai

 

DAY 2

MILAN
Bertolak ke Lugano, sebuah kota lama yang bersempadan dengan Switzerland. Rakamkan keindahan di sini sebelum meneruskan acara dengan membeli belah di Fox Town Factory Outlet, yang merupakan syurga barangan berjenama terkenal seperti Prada, Gucci, Fossil dan lain-lain. Harga barangan disini adalah amat berpatutan dan banyak pilihan. Balik ke Milan, check in hotel, rehat dan acara bebas

 

DAY 3

MILAN – MESTRE
Selepas sarapan pagi, city tour di Kota Milan, antaranya ke Teatro Della Scala, Duomo Cathderal dan Galleria Vittorio Emmanuelle II. Seterusnya bertolak ke Venice Mestre dan check in hotel di sana.

 

DAY 4

VENICE
Selepas sarapan, bertolak dari Venice Mestre ke Venice Tranchetto dengan bot, lawatan disekitar Venice Island, antaranya ke Dodge Palace, Bridge Of Sighs, St Mark Basilica, Clock Tower, Glass Blowing Factory, Hard Rock Café Venice dan menaiki *gondola - acara pilihan dengan bayaran tambahan €30 seorang, kembali ke Mestre, masa bebas membeli cenderahati di gerai-gerai di
kawasan jetty sebelum bertolak balik ke hotel.

 

DAY 5

VENICE – FLORENCE – PRATO
Selepas sarapan Melawat ke Florence atau Firenze, antara tempat yang akan dilawati bersama guide ialah Michealangelo Square, Statue Of David, Duomo, Doors Of Paradise, Cathderal Santa Maria Del Fiore, Piazza, singgah di Hard Rock Café Florence danSan Lorenzo Leather Market, bertolak dan bermalam di Prato

 

DAY 6

PRATO – PISA – ROME
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Pisa untuk melawat The Leaning Tower Of Pisa, merupakan satu lagi UNESCO World Heritage Site dan tarikan utama pelancong di Itali, rakamkan kenangan anda disini, peserta diberikan masa untuk membeli belah barangan cenderahati sebagai kenangan dibawa pulang, bertolak dan bermalam di Rome

 

DAY 7

ROME
Selepas sarapan pagi, lawatan di Bandar Rome dimulakan, antaranya ke Vatican City (St Peter Basilica), Trevi Fountain, UNESCO World Heritage Site Colloseum (lawatan luar) dan Pantheon, singgah solat di Rome Grand Mosque yang merupakan masjid terbesar di Rome.

 

DAY 8

ROME - DUBAI
Selepas sarapan pagi acara bebas diberikan sehingga check out time. Peserta di bawa untuk shopping di Factory Outlet tersohor yang terdapat di Rome iaitu Castel Romano sebelum dihantar ke Flumiciano Airport untuk penerbangan pulang

 

DAY 9

ARRIVAL – KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur jangkaan pada jam 9.25 malam

ITALI MONO+ LUGANO SWITZELAND 9D7N

RM 6,688.00Price
  • 1.Tiket penerbangan pergi dan balik

    2. Cukai lapangan terbang

    3.Penginapan di hotel bertaraf 3/4 * di semua lokasi

    4.Sarapan pagi dan malam

    5.Pengangkutan seperti dalkam aturcara

    6. Bayaran masuk

    7. Tips untuk guide &driver

    8.Tour Escort yang kacak dari Malaysia

    9.Insurans perlindungan berkelompok

bottom of page