top of page

EROPAH 5 NEGARA 9D7N

 

HARI 1

KUALA LUMPUR – MUSCAT - PARIS
Berkumpul di KLIA pada jam 0600 pagi, urusan daftar masuk dan bertolak ke Paris melalui Muscat. Tiba di CDG Paris Airport, urusan imegresen dan dihantar ke hotel penginapan untuk rehat.

 

HARI 2 (B,D)

PARIS
Selepas sarapan pagi, lawatan sepenuh hari di bandar Paris, antara tempat yang akan dilawati ialah Place de la Concorde, Champs Elysees, Notre Dame Cathedral, Arc du Triomphe, Dome des Invalides, Louvre Museum, Seine River banks (lawatan luar), merakamkan kenangan berlatar belakangkan Eiffel Tower di Trocadero, masa bebas membeli belah di gedung beli belah terbesar di Paris iaitu Gallerie La Fayette, bermalam di Paris.

 

HARI 3 (B,D)

PARIS – SERRIS – BRUXEL
Sarapan pagi di hotel dan seterusnya bertolak ke Serris untuk sesi shopping di Facory Outlet tersohor di sana iaitu La Vallee Village yang memaparkan banyak barangan berjenama seperti Gucci, Longchamp, Coach, Michael Kors dan banyak lagi. Setelah selesai shopping peserta bertolak ke Bruxel iaitu ibu Negara Belgium yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan. Tiba di Bruxel,check in hotel dan acara bebas.

 

HARI 4 (B,D)

BRUXEL – AMSTERDAM
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa melawat ke beberapa kawasan tarikan pelancong disini, antaranya ke Atomium, Old Town, Royal Palace dan Mannekin Pis. Peserta juga akan dibawa untuk shopping di Hard Rock Café Bruxel dan melawat pusat pembuatan coklat tersohor di sini sebelum menyambung perjalanan menuju ke Kota Amsterdam. Tiba Amsterdam, check inhotel dan acara bebas.

 

HARI 5 (B,D)

AMSTERDAM

Selepas sarapan pagi, peserta akan di bawa melawat ke Zaan Sanche, Liesse sebuah perkampungan tradisi Belanda, disini peserta boleh melawat ke Clogg Factory, Cheese Factory dan Windmill. Selepas itu, peserta akan dibawa melawat pesta tulip terbesar dunia di Lisse iaitu Keukenholf Tulip Festival, dan
seterusnya ke perkampungan atas air Volendam, atau dikenali dengan nama Fisherman Tradisional Village. Sebelum balik ke hotel penginapan, peserta dibawa ke dataran I AMSTERDAM untuk sesi foto.

 

HARI 6 (B,D)

AMSTERDAM- KOLN - MANHEIM

Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak meninggalkan Amsterdam menuju Kota Koln. Tiba di Koln peserta diberi masa untuk beriadah di Koln Street yang menempatkan ratusan butik terkenal selain membeli barangan cenderahati di Hard Rock Café Koln. Seterusnya singgah di Masjid Ditib Cami Koln untuk solat sebelum bertolak menuju Manheim, German. Check in hotel dan acara bebas.

 

HARI 7 (B,D)

MANHEIM – TITISEE – SCHAFFHAUSEN – STAN
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak untuk lawatan pertama iaitu Tasik Titisee selain lawatan shopping di Druba dan Cuckoo Clock. Seterusnya menuju masuk ke Negara Swiss menuju scha ausen dan menikmati pemandangan di Rhine Falls iaitu air terjun yang indah paling besar di Benua Eropah. Setelah itu, bertolak menuju Stan iaitu kawasan pinggir kotadengan pemandangan pergunungan yang indah. Check in hotel di Stan dan acara bebas.

 

Hri 8 (B,D)

STAN – ENGELBERG – MT TITLIS – LUCERNE – ZURICH
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Engelberg untuk menaiki Mount Titlis dengan menaiki cable car, masa bebas bermain salji dipuncak setinggi lebih 3000m ini, kembali ke bandar Lucerne, merupakan antara bandar terindah didunia, sambung lawatan di bandar Lucerne ke Chapel Bridge, Lion Monument, Old Town and Lucerne Lake, singgah membeli belah di Old Street, antara barangan yang terkenal disini ialah jam tangan jenama Rolex. Setelah itu peserta dihantar ke Zurich Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

 

HARI 9 (B,L,D)

ZURICH – MUSCAT – KUALA LUMPUR
Transit di Muscat, Oman sebelum menyambung penerbangan ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba pada jam 7.45 petang.

 

 

EROPAH 5 NEGARA

RM 6,999.00Price
  • 1. Tiket penerbangan pergi dan balik

    2. Bayaran Cable Car di Mt.Titlis (90)

    3. Penginapan di hotel bertaraf 3* di semua lokasi

    4. Sarapan dan makan malam sahaja

    5. Pengangkutan seperti dalam aturcara dan bayaran masuk

    6. Beg kembara

    7. Tour leader 

    8. Insuran perjalanan peribadi

     

bottom of page